Saturday, April 17, 2010

Berita Terkini

assalamualaikum w.b.t
.
.
hari ni saya sangat2 terkejut dan sedih.. saya baru jer dapat berita dari abang saya, dia baru jer lepas settel kan seorang atok yang meninggal dunia kerana rumahnya terbakar..
kesian sangat tengok gambar yang abang mms..
.
tup.. tup.. achik spin plak baru meninggal dunia.
berita ni saya amik dari utusan online
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

takziah untuk keluarga nya, dan al-fatihah untuk allahyarham.. semoga dicucuri rahmat.. amin

No comments:

Post a Comment

Add ur link here